COOKING2- Cream Caremal

3.20.2009

Kesinambungan dari N3 Cheese cake, kali nih saya boh resepi Krim karamel plak k...

KRIM KARAMEL

Bahan gula hangus:
  • 100 gm air
  • 100 gm gula
  1. Didihkan air bersama gula. Apabila gula dah berubah warna perang, cepat2 angkat & tuang ke dalam acuan puding.
Bahan puding:
  • 5 biji telur
  • 100 gm gula halus
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 250 ml susu segar
  • 250 gm krim putar
  1. Pukul telur + gula hingga sebati
  2. Masukkan esen vanilla + krim putar + susu segar, kacau rata
  3. Tapis adunan agar teksturnya halus
  4. Tuang adunan ke dalam acuan berisi gula hangus
  5. Letak acuan dalam loyang berisi air & bakar caramel pada suhu 170C selama 20-35 minit.
KHALASS!! psttt bila nak cuba ni..hehe

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP