KAYA PANDAN

5.09.2012

بسم الله الرحمن الرحيم


Sementara tunggu roti siap, dapat juga siapkan seri kaya..resepi dari Mat Gebu. Ibumia tambahkan pewarna hijau epal.. walau kat resepi dah kurangkan sukatan gula, tapi kat lidah Ibumia masih lagi terlalu manis..next time kena kurangkan lagi..

Karamel

Seri kaya hijau







Read more...

ROTI PUTIH

بسم الله الرحمن الرحيم
Meroti lagi..lagi-lagi roti.. Ibumia masih teruja dengan asisstant barunya..bertambah teruja bila ya habibi ya maulana makan penuh selera..perut memasing makin gebu macam roti..huhu
 Mereka teruja tengok tepung dalam tu terpusing-pusing..

Breadmaker tengah buat dough..jimat tenaga Ibumia..tq ya habibi..

 Mr. Breadman..lepas siap dough bagi rehat & bake..

taraaaa..siap slice bread ni..excited sangat-sangat..keluar je dari BM terus potongggg.. kan dah tak cute rupa parasnya..huhu


Resepi ni diberi oleh FIZA, kenalan dari RABIGH, JEDDAH. Terima kasih yang tak terhingga Fiza..katanya ni resepi asas untuk roti sosej, tapi Ibumia asal boleh je ikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di YANBU ni..resepi sangat sesuai untuk kami di sini, sebab kebanyakan resepi roti mesti guna tepung roti/ tepung tinggi protein..ahhh puas mencari tapi tak jumpa pong, atau mungkin Ibumia masih belum mahir lagi kot..

RESEPI:
  • 400 gm tepung gandum
  • 10 gm yis
  • 1/2 sudu teh bread improver(tak letak, ganti dengan bread softener)
  • 6 gm garam
  • 50 gm gula kastor
  • 10 gm susu tepung(tak letak, ganti susu segar)
  • 60 gm marjerin
  • 190 gm air

Cara buat: guna breadmaker

1. Masukkan semua bahan dalam tin ikut urutan, pilih setting 'dough', tekan on & tunggu proses siap.
2. bila proses dah siap, pilih setting 'crush', tekan 'bake' & on...tunggu dalam 30minit..siapppp. 






Read more...

YANBU INTERNATIONAL SCHOOL, SAUDI ARABIA

5.08.2012

 Sebelum test..confident nampak!!

 Alhamdulillah..syukur atas segala rezeki dan peluang yang telah Allah kurniakan terhadap keluarga ini terutama untuk anak-anak bertuah kami..hari ni 8 May 2012, selasa, pukul 9pagi, Damia ada appointmnet assessment test @ YIS..3 hari terakhir Ibumia dah mula debo-debo & mula buat rivision sampai dah tak tau nak bagi soalan apa kat Damia ni..harap sangat dia dapat jawab atau bagi respond yang baik..tau je lah, anak ibu yang sorang ni, adoyaiii pemalunya amat..walau pemalu tapi alhamdulilah bab sekolah diakui dia agak berani & independent..itu yang dikatakan setiap hamba Allah itu ada kekurangan & kelebihannya..

 Testing in progress..tak tenang ibu dibuatnya..

 Teruna sorang ni tak reti diam..

 Tak berjaya buka pintu..apo laei..mogokle..


Rasa debo da hilang, tapi datang pulak rasa lapo..hehe

Alhamdulillah, Damia lulus untuk KINDERGATEN placement test hari ni..tadika jeww, kalau grade lagi berpeluh dibuatnya..hehe

Summary about the Exam placement test setakat May 2012:
-Dokumen diperlukan untuk appoinment pertama:
  •  Copy passport muka depan & yang ada stamping visa
  •  Copi Iqamah pelajar & bapa
  •  Fees SR1,500 seorang (bayar masa nak ambil test pun boleh)
-Appointment ke 2(hari test):
  • 2pc gambar saiz passport. 
Sedikit clue untuk test KG (dari soalan2 Damia):
  • Alphabet
  • Numbering
  • Simple writing
  • Simple reading
  • Shape
  • Story about the picture's given(mia dapat gambar binatang duduk kat bulan..hehe)
  • Colour
  • Simple communication
Comment Ayah Mia:
Dalam banyak-banyak soalan tu, mia just terkedu tulis huruf z, no.20, read word 'the', cerita bergambar tak begitu bagus ..memandangkan dah lulus ibu pun tak tanya kenapa  & mengapa..hehe..apa pun sekarang ni dah lega & harapnya anak-anak sahabat yang bakal ambil test juga berjaya..Ameen..



Read more...

MENGIGAU

5.02.2012

   بسم الله الرحمن الرحيم

Sekian lamanya Ibumia tertidur dari berblogging..tetiba teringat-ingat akan blog hijau AKUKAUDIA tu..2 hari mencuba untuk mengintai2 tapi tapi dah tak boleh masuk nampaknya, cuba masuk yang MINQALBEE..oohh boleh lagi..dannnn tetiba jari jemari rasa nak menulis pulak, macam mengigau Ibumia ni.. taaapi nampaknya Ibumia kurang sikit kefahaman akan berblog ni..pening pulak dok membelek2..mungkin ada perubahan..harapnya malam ni si teruna Abid ku itu tak moody, so bolehlah Ibu try & error kat blog ni..harapnya hasrat nak sambung berblog bukan sekadar igauan lagi kali ni..hehe

Read more...

SUMMER HOLIDAY @ TAIF







Yanbu sekarang ni in summer time.. paling tinggi takat ni 50++D.. bila keluar waktu siang lepas matahari membundarkan matanya rasa macam puteri lilinla pulakkk..econ pun macam takde makna dah..so time ni la kalau nak pi berehat kena pi ketanah tinggi, walaupun matahari terik tapi tetap rasa sejuk2 gitu..masih teringat lagi summer holiday kami ke ABHA tahun lepas dengan ketinggian (ikut GPS) 2859M dari aras laut.. time ni la nak tengok cuaca sejibun macam kat M'sia..berawan, mendung, hujan & menghijau..jakunnn kejapan maklumle kalau kat tempat biasa susah nak jumpa awan..emm seronoknya!! tapi sekali tu je kot pegi lepas ni test tempat2 lain pulak, yang penting bagi kami sekeluarga alang2 dah dok sini kenalah explore sikit kan, tu semua pengalaman..

Summer kali ni kami trip ke TAIF pulak.. 1 jam lebih dari Kota Mekah.. kali ni laluan paling tinggi kami jejaki ialah 2255M dari aras laut dengan jalan berbukit yang mempunyai 90bucu/lencongan..memandangkan saya takde bakat menulis so layan gambar je lah yek..hehe


Read more...

KONTRAKSI BRAXTON'S HICKS (BH)

12.16.2010

Adoyaiiii... since dah 35weeks ni makin kerapla BH ni melanda..
taramat2 kerap kena dalam pukul 10 malam ke atas..huuuuu serba serbi tak kena ooo..
sudahnya terpaksa ku tukar timing tidoku..
waktu tido sekarang cukuplah sejam dua sebelum pukul 10mlm..
lepastu sebelum subuh kejap..
sambung semula lepas waktu Duha sampailaaaaa anak daraku kejut/ paling lewat pun pukul 12t/hari.. terasa hari siangku amatlah pendek & nasible daku ni fulltime h.wife,
sooooo anytime bole tukar2 timing..hehe

Kat bawah ni info kopi pes dari alam hamil tentang BH..

Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:

  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi

Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan

Read more...

SENAMAN KEGELS

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.

Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.

Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:

  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir

Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?

Ia cukup senang dibuat:
  1. Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
  2. Tahan selama 2-3saat
  3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
  4. Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
  5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.
- sumber info disini.

Read more...
Powered By Blogger

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP