Showing posts with label Makan2. Show all posts
Showing posts with label Makan2. Show all posts

KAYA PANDAN

5.09.2012

بسم الله الرحمن الرحيم


Sementara tunggu roti siap, dapat juga siapkan seri kaya..resepi dari Mat Gebu. Ibumia tambahkan pewarna hijau epal.. walau kat resepi dah kurangkan sukatan gula, tapi kat lidah Ibumia masih lagi terlalu manis..next time kena kurangkan lagi..

Karamel

Seri kaya hijau







Read more...

ROTI PUTIH

بسم الله الرحمن الرحيم
Meroti lagi..lagi-lagi roti.. Ibumia masih teruja dengan asisstant barunya..bertambah teruja bila ya habibi ya maulana makan penuh selera..perut memasing makin gebu macam roti..huhu
 Mereka teruja tengok tepung dalam tu terpusing-pusing..

Breadmaker tengah buat dough..jimat tenaga Ibumia..tq ya habibi..

 Mr. Breadman..lepas siap dough bagi rehat & bake..

taraaaa..siap slice bread ni..excited sangat-sangat..keluar je dari BM terus potongggg.. kan dah tak cute rupa parasnya..huhu


Resepi ni diberi oleh FIZA, kenalan dari RABIGH, JEDDAH. Terima kasih yang tak terhingga Fiza..katanya ni resepi asas untuk roti sosej, tapi Ibumia asal boleh je ikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di YANBU ni..resepi sangat sesuai untuk kami di sini, sebab kebanyakan resepi roti mesti guna tepung roti/ tepung tinggi protein..ahhh puas mencari tapi tak jumpa pong, atau mungkin Ibumia masih belum mahir lagi kot..

RESEPI:
  • 400 gm tepung gandum
  • 10 gm yis
  • 1/2 sudu teh bread improver(tak letak, ganti dengan bread softener)
  • 6 gm garam
  • 50 gm gula kastor
  • 10 gm susu tepung(tak letak, ganti susu segar)
  • 60 gm marjerin
  • 190 gm air

Cara buat: guna breadmaker

1. Masukkan semua bahan dalam tin ikut urutan, pilih setting 'dough', tekan on & tunggu proses siap.
2. bila proses dah siap, pilih setting 'crush', tekan 'bake' & on...tunggu dalam 30minit..siapppp. 






Read more...

KEK COKLAT LEMBAP - KUKUS

5.08.2009

KISAH BENAR!! selama ni kan, tak pernah saya berani/terlintas nak buat kek.. macamlah kek tu nanti hidup ke, boleh jadi raksasa ke ek..hikhik, biasalah masalah utama takut jadi bantat!! rrrrrrrr sebut betul2 eee.. tapi tu lah kan, belum cuba belum tau kan.. disebabkan hati ni dah tergoda giles dengan gambo2 & respon kek cekelat kukus kat tenet & resepinya pun cam senang je.. ape lagi, try test cuba la kan.. dan dengan dukacitanya 1st time buat ternyata ketakutan tu jadi nyata.. bantat.. huwaaaaa... argghhh tak kira nak cuba lagiiii..

Akhirnyaaaa.. bolelah dikatakan menjadi bagi saya yang O dalam dunia baking ni kan.. lihatlah hasilnya..taraaaa..

Projek hari2 terakhir sebelum balik Msia.. kena buat 12 biji kek kukus ni.. fuhhh!! dahle guna blender je.. ngantuk letih penat lelah seme ada.. sampai tak larat nak pi kelas arab tu..tapi berbaloi & puas hati bila semuanya habis!!( hb yang btau le, ntah2 nak sedapkan hati saya jek kot!!)


Mia pun sibuk gak dengan barang2nya.. part nak mengemas tu yang rela dalam paksa..huhu..

Read more...

SEKERIM

4.17.2009

Aiskrim kacang merah
Harini saja nak xpose gambar aiskrim kacang merah yang saya buat ikut resepi Mat Gebu.. tocei2.. yo lah dah jemu asek2 buat rasa jagung/stoberi/ cekelat.. tapi ya ampun, sekarang saya dah tak boleh layan sangat makan aiskrim ni.. kang laju jek naik berat badan .. oohhh tidakkksss!!tapi aiskrim ni memang sodappp..

Read more...

SALAD BUAH


Nnnyummm!!! saya lebih teruja makan buah style cenggini.. dalam satu masa boleh makan buah2an yang berbeza siap ada rasa yogurt lagi.. saya ni spesis makan buah tak suka perabih.. so salad style amatlah sesuweii untuk saya kan, simpan dalam freeze max 3hari gerenti abis punya..

Read more...

COOKING2- Cream Caremal

3.20.2009

Kesinambungan dari N3 Cheese cake, kali nih saya boh resepi Krim karamel plak k...

KRIM KARAMEL

Bahan gula hangus:
  • 100 gm air
  • 100 gm gula
  1. Didihkan air bersama gula. Apabila gula dah berubah warna perang, cepat2 angkat & tuang ke dalam acuan puding.
Bahan puding:
  • 5 biji telur
  • 100 gm gula halus
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 250 ml susu segar
  • 250 gm krim putar
  1. Pukul telur + gula hingga sebati
  2. Masukkan esen vanilla + krim putar + susu segar, kacau rata
  3. Tapis adunan agar teksturnya halus
  4. Tuang adunan ke dalam acuan berisi gula hangus
  5. Letak acuan dalam loyang berisi air & bakar caramel pada suhu 170C selama 20-35 minit.
KHALASS!! psttt bila nak cuba ni..hehe

Read more...

COOKING2 - cheese cake & cream Caremel

3.19.2009

Semakin meriah nampaknya eh ladies xtvt kat Yanbu ni.. bagus2, tak de lah kita rasa busan & terasing kat negara orang kan.. sekarang kita ada projek masak memasak tauuu!!!.. resepi minggu ni is Lemon Cheese Cake & Cream Caramel bersama chef Fazimah kita..
Nyummyyy!!

KEK KEJU LIMAU
Bahan2 alas kek:
  • Biskut mudah hancur 250 gm(masa tu guna biskut digestive)-hancur2kan
  • Butter 125 gm
Cara2:
  1. Putar butter, kemudian gaulkan dengan biskut & tekan2 hingga mampat di acuan
  2. Sejukkan dalam freezer(supaya keras mcm kat gambar tu)

Bahan kek Keju:
  • 500 gm keju krim, dipotong dadu kecil2
  • 100 gm gula kastor
  • 1/2 sdt pes lemon ( kalau tak ada guna perahan lemon 2 sdb)
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  • 200 gm krim putar
  • 30 gm tepung gandum- diayak
  • 10 gm tepung jagung- diayak
  • 3 biji putih telur
  • 40 gm gula kastor
Cara2:
  1. Putar keju krim + gula kastor(100g) + pes lemon + esen vanilla hingga lembut
  2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil terus memutar
  3. Masukkan krim dan putar lagi
  4. Masukkan tepung gandum + tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau rata
  5. Putar putih telur + gula kastor(40 g) sehingga kental & masukkan dalam adunan tepung. Kacau perlahan2 dengan tangan
  6. Masukkan adunan di dalam acuan & bakar dengan suhu 200c , menggunakan teknik double boiler, iaitu letakkan acuan kek di dalam dulang berisi air agar kek masak elok dan tidak retak.
  7. Bila dah agak sejuk, letakkan di atas alas kek tadi.



Read more...

SATAY YANBU

3.01.2009

Fuhhh..memang tergoda giless tengok resepi ni kat tenet.. nak tunggu makan kat tanah air kusssemangat, lama sangat nak nunggu..dan kebetulan pulak ada picnic minggu ni..bolelah jadikan menu..

Sedang diperap.. sambil perap sambil2 la kan goreng kat fry pan..tak sabau nak makan punya kessss...

Tak de grill punya pasal guna oven pun jadilaaa.. ni laling saya punya job.. sorile jejiran ek dapat bagi bau jeww, pukul 1 pg plak tuuu!! ya ampun..

Bahan-bahan (Resepi Kak Noorma)

1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan yg perlu dikisar:

3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih } disangai

Cara membuatnya:

Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.

Read more...
Powered By Blogger

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP