COOKING2 - cheese cake & cream Caremel

3.19.2009

Semakin meriah nampaknya eh ladies xtvt kat Yanbu ni.. bagus2, tak de lah kita rasa busan & terasing kat negara orang kan.. sekarang kita ada projek masak memasak tauuu!!!.. resepi minggu ni is Lemon Cheese Cake & Cream Caramel bersama chef Fazimah kita..
Nyummyyy!!

KEK KEJU LIMAU
Bahan2 alas kek:
  • Biskut mudah hancur 250 gm(masa tu guna biskut digestive)-hancur2kan
  • Butter 125 gm
Cara2:
  1. Putar butter, kemudian gaulkan dengan biskut & tekan2 hingga mampat di acuan
  2. Sejukkan dalam freezer(supaya keras mcm kat gambar tu)

Bahan kek Keju:
  • 500 gm keju krim, dipotong dadu kecil2
  • 100 gm gula kastor
  • 1/2 sdt pes lemon ( kalau tak ada guna perahan lemon 2 sdb)
  • 1/2 sdt esen vanilla
  • 3 biji kuning telur
  • 200 gm krim putar
  • 30 gm tepung gandum- diayak
  • 10 gm tepung jagung- diayak
  • 3 biji putih telur
  • 40 gm gula kastor
Cara2:
  1. Putar keju krim + gula kastor(100g) + pes lemon + esen vanilla hingga lembut
  2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil terus memutar
  3. Masukkan krim dan putar lagi
  4. Masukkan tepung gandum + tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau rata
  5. Putar putih telur + gula kastor(40 g) sehingga kental & masukkan dalam adunan tepung. Kacau perlahan2 dengan tangan
  6. Masukkan adunan di dalam acuan & bakar dengan suhu 200c , menggunakan teknik double boiler, iaitu letakkan acuan kek di dalam dulang berisi air agar kek masak elok dan tidak retak.
  7. Bila dah agak sejuk, letakkan di atas alas kek tadi.



0 comments:

Powered By Blogger

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP