SATAY YANBU

3.01.2009

Fuhhh..memang tergoda giless tengok resepi ni kat tenet.. nak tunggu makan kat tanah air kusssemangat, lama sangat nak nunggu..dan kebetulan pulak ada picnic minggu ni..bolelah jadikan menu..

Sedang diperap.. sambil perap sambil2 la kan goreng kat fry pan..tak sabau nak makan punya kessss...

Tak de grill punya pasal guna oven pun jadilaaa.. ni laling saya punya job.. sorile jejiran ek dapat bagi bau jeww, pukul 1 pg plak tuuu!! ya ampun..

Bahan-bahan (Resepi Kak Noorma)

1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

Bahan yg perlu dikisar:

3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih } disangai

Cara membuatnya:

Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.

Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila satay dibakar.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP