ROTI PUTIH

5.09.2012

بسم الله الرحمن الرحيم
Meroti lagi..lagi-lagi roti.. Ibumia masih teruja dengan asisstant barunya..bertambah teruja bila ya habibi ya maulana makan penuh selera..perut memasing makin gebu macam roti..huhu
 Mereka teruja tengok tepung dalam tu terpusing-pusing..

Breadmaker tengah buat dough..jimat tenaga Ibumia..tq ya habibi..

 Mr. Breadman..lepas siap dough bagi rehat & bake..

taraaaa..siap slice bread ni..excited sangat-sangat..keluar je dari BM terus potongggg.. kan dah tak cute rupa parasnya..huhu


Resepi ni diberi oleh FIZA, kenalan dari RABIGH, JEDDAH. Terima kasih yang tak terhingga Fiza..katanya ni resepi asas untuk roti sosej, tapi Ibumia asal boleh je ikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di YANBU ni..resepi sangat sesuai untuk kami di sini, sebab kebanyakan resepi roti mesti guna tepung roti/ tepung tinggi protein..ahhh puas mencari tapi tak jumpa pong, atau mungkin Ibumia masih belum mahir lagi kot..

RESEPI:
  • 400 gm tepung gandum
  • 10 gm yis
  • 1/2 sudu teh bread improver(tak letak, ganti dengan bread softener)
  • 6 gm garam
  • 50 gm gula kastor
  • 10 gm susu tepung(tak letak, ganti susu segar)
  • 60 gm marjerin
  • 190 gm air

Cara buat: guna breadmaker

1. Masukkan semua bahan dalam tin ikut urutan, pilih setting 'dough', tekan on & tunggu proses siap.
2. bila proses dah siap, pilih setting 'crush', tekan 'bake' & on...tunggu dalam 30minit..siapppp. 






0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP