BALIK MALAYSIA !!

5.09.2009

Akhiryaaaaa..
Balik kampung..ohoho balik kampung..yehyeh..
Sudahnya saya tekad & yakin yang saya boleh balik sendiri, kena belajar & berdikari, tak cuba tak tau kan!!!

Hari terakhir pun menjelma... Hubbyku dah mula bermusim air mukanya..ekekek.. sepanjang perjalanan sedihnya kitorang laki minik.. hmm nanti rindula kita..kan hb kan.. pelik juga, masa kat Tganu dulu kerap gak saya balik kampung lelama..ok je.. kasih kian menebal kot?? kikiki.. lemak yang kian menebal tu adalah..kuikui..

Jam 2.00pm.. nak bertolak ke airport Jeddah..
Mia nampaknya dalam mood yang sangat2 hepi..

Menyempatla dulu singgah makan kat restoran asia tu kan..pekena tomyam + sup..

Mereka yang kusayang..

Cerianyaaa dia nak balik kampung!!

Sampai dah kat airport Jeddah.. terus pi check-in..

Terima kasih pada jemaah Umrah ni especially K.Siti, suami & ibunya,
deranglah yang bagi perhatian pada kami,
layan & pimpin Mia sampailah ke arrival hall KLIA..

Jam 9.00 pm, berlepaslah flight Mas MH151 dari Jeddah ke KLIA.. syukur Alhamdulillah, Mia kesayangan saya ni begitu baik sekali moodnya.. sepanjang dalam flight dia happy sangatttt..mengekek2 dia ketawa & sebuk nak berbual.. sampai makcik kat sebelah tu kata " dah nak, tidurlah nak,dah malam ni", tapi Mia tak mau tidur jugak & berulanglah ayat makcik tu..kikiki

Jam 10.55am, Alhamdulillah landinglah flight dengan selamat kat KLIA.. nampak muka2 yang menjemput kami kat arrival hall..fuhhh lega sesangattt..berakhir segala debaran.. syukur..

0 comments:

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP